Bagaimana?
1) Pelanggan datang ke mana-mana institusi Ar-Rahnu dengan membawa emas yang dimiliki.
2) Mereka akan menilai emas yang kita miliki itu mengikut harga pasaran.
3) Mereka akan mengenalpasti jumlah pinjaman yang akan diberikan epada pelanggan.Jumlah pinjaman ini berbeza mengikut margin pinjaman setiap institusi Ar-Rahnu.
contohnya di Ar-Rahnu YAPIEM, margin pinjaman yang disediakan adalah 65% daripada nilai barang gadaian kita (emas).
dan nilai emas kita adalah RM 10 000 contohnya,
maka jumlah pinjam yang akan diberikan oleh Ar-Rahnu YAPEIM adalah sebanyak
65% x RM 10 000 = RM 6 500
4) Dalam masa yang sama, pelanggan dikehendaki membayar upah simpan kepada institusi Ar-Rahnu.Upah simpan ini adalah berdasarkan nilai gadaian emas dan tempoh gadaian.
5) Pelanggan dikehendaki membayar balik pinjaman dalam tempoh yang telah ditetapkan.Tempoh gadaian
pada kebanyakan institusi ar-Rahnu adalah selama 6 bulan.Namun begitu,setelah tempoh 6 bulan tetapi
pelanggan masih tidak dapat menjelaskan hutang tersebut,sesetengah institusi akan melanjutkan tempoh pinjaman kepada pelanggan.Sekiranya pelanggan gagal menjelaskan pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan,barang gadaian mereka akan dijual untuk menjelaskan hutang.
Namun begitu,sekiranya nilai emas melebihi daripada jumlah pinjaman, institusi Ar-Rahnu ini akan memberikan lebihannya kepada para pelanggan.
contohnya nilai pasaran terhadap emas yang digadaikan tadi adalah RM 10 500 dan jumlah hutang pelanggan adalah RM 6 500.lebihan RM 4 000 (RM 10 500 - RM 6500) ini akan diberikan kepada pelanggan. *dengan andaian pelanggan telah menjelaskan upah simpan.
Apakah kontak yang digunakan dalam gadaian?
Semua transaksi dalam Ar-Rahnu ini adalah berdasarkan Shariah yang meliputi konsep
1) Ar Rahnu - pelanggan menggadaikan aset yang dimiliki untuk mendapatkan pinjaman.dan seiranya pelanggan gagal untuk membayar balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan, institusi Ar-Rahnu akan menjual aset tersebut untuk melunaskan pinjaman tersebut.
2) Al Qardul Hassan - institusi Ar-Rahnu memberikan pinjaman kepada pelanggan berdasarkan nilai aset yang digadaikan dan margin pinjaman setiap institusi.Pelanggan dikehendaki membayar semula jumlah pinjaman tanpa apa-apa nilai faedah (interest).Secara ringkasnya,al Qardul Hassan dapat disefinisikan sebagai membayar balik pinjaman tanpa sebarang ganjaran atau manfaat.Contohnya jika Ali meminjam RM 200 daripada Abu, Abu dikehendaki membayar semula RM 200 yang dipinjamnya kepada Ali.Sebaliknya, sekiranya Ali meminta Abu untuk memulangkan RM 220 kepadanya,transaksi ini dikategorikan sebagai riba.
Upah simpanan yang dikenakan adalah diharuskan dan bukanlah dikategorikan sebagai ganjaran atau manfaat tambahan.
3) Wadiah Yad Dhamanah - institusi Ar-Rahnu akan menyimpan barang gadaian dan memberikan jaminan kepada pelanggan.Sekiranya berlaku apa-apa terhadap barang gadaian, mereka akan bertanggungjawab.
Nak gadai di mana?
Terdapat pelbagai institusi Ar-Rahnu pada hari ini.
Contohnya,
1) Ar Rahnu YAPEIM : http://yapeim.net.my/ar-rahnu-yapeim/
2) Agro Bank : http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu
4) Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) :
5) Bank Rakyat : http://www.bankrakyat.com.my/ar-rahnu-?inheritRedirect=true
6) Pos Malaysia : http://pos.com.my/pos/services/ARRAHNU/ARRAHNU_Overview/ARRAHNU_about.aspx
kenapa mesti pergi ke Ar-Rahnu? Yang lain tak boleh ke?
kenapa mesti gadai di Ar-Rahnu? kalau pajak gadai di mana-mana institusi pajak gadai konvensional (yang tidak patuh Shariah) tak boleh ke?
"Wahai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman,sekiranya kamu tidak meninggalkannya,isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya.Dan jika kamu bertaubat (daripada pengambilan riba),maka bagimu pokok hartamu,kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya" [alBaqarah : 278]
Pajak Gadai Konvensional akan mengenakan kita faedah yang pada kebiasaanya 2% daripada nilai pinjaman yang diberikan.
kalau nilai pinjaman RM 6 500, maka faedah (interest) yang wajib dibayar untuk adalah
2% x RM 6 500 = RM 130.
semakin tinggi nilai pinjaman, faedah yang dikenakan semakin tinggi.
sedangkan jika gadaian dibuat di Ar-Rahnu,tiada sebarang faedah dikenakan dan upah simpanan yang kita wajib bayar adalah terlalu rendah.
dan sekiranya kita tidak mampu membayar pinjaman dalam tempoh pinjaman yang ditetapkan di institusi pajak gadai konvensional dan emas kita kemudiannya dijual untuk melunaskan pinjaman, adakah lebihan daripada jualan emas terhadap jumlah pinjaman kita yang sebenarnya akan dipulangkan?TIDAK.
maka, kenapa masih memilih untuk memajak gadai di institusi konvensional?
23/3/2014
Mahallah Safiyyah
No comments:
Post a Comment