Friday, 31 January 2014

IIUM aku datang :)

assalamualaikum wbt.

sobahal ward everyone!


First and foremost,alhamdulillah atas peluang yang Dia berikan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana.





dalam kelapangan yang ada sebelum start kelas ni, rasa terpanggil untuk berkongsi mengenai persediaan-persediaan yang perlu dilakukan sebelum mendaftar di IIUM. 


1) Language requirements.


i) untuk jalan yang selamat, sebelum mendaftar kita perlu ambil exam TOEFL atau IELTS.

minimum score untuk kebanyakan program :
TOEFL : 550 (paper based), 213 (computer based), internet based (79)
IELTS   : 6.0 for the overall band

untuk exam TOEFL dan IELTS ni, kita boleh search sendiri maklumatnya di internet untuk mencari lokasi,tarikh dan yurannya.yuran untuk IELTS biasanya RM600 ke atas.antara   

tempat yang student selalu pergi British Council.boleh explore kat sini.

ii) untuk yang tiada TOEFL atau IELTS, kita diwajibkan untuk ambil English Placement Test di IIUM. EPT ni biasanya dijalankan selepas beberapa hari mendaftar.Mungkin juga sehari selepas mendaftar.Tarikh EPT ni boleh cek dekat laman web IIUM beberapa hari sebelum mendaftar.


ada dua sections, writing and reading.kita kena jawab dalam tempoh 3 jam.So far, mengikut pengalaman,ianya tidaklah begitu susah dan tidaklah begitu mudah.Untuk yang dah berzaman tinggalkan English,kena lah usaha lebih.Mungkin boleh pinjam adik-adik punya buku MUET dan ulangkaji dari situ.

kebanyakan program master dan PHD memerlukan band 6.0 dan ke atas untuk dikecualikan daripada masuk kelas di CELPAD.untuk postgrad, fokus lebih pada writing ya!

apa yang berlaku kalau kita tak memenuihi requirement yang ditetatapkan?
kita tidak dibenarkan mendaftar apa-apa course untuk semester ini.kita wajib masuk ke Special Language Programme di Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD).

jadi, duration study kita bertambah.daripada empat smeester contohnya, boleh jadi lima semester atau lebih.

iii) Special Language Programme di CELPAD.

minimum tempoh untuk program ini 10 credit hours.

belajar sungguh-sungguh dan time final exam (EPT), daatkan requirement yang dikehendaki.

kemudian,kalau lulus, boleh daftar course dan masuk kuliah :D


kalau masih fail untuk capai requirement tu, kena lah belajar lagi sampai lulus.

------------


*yang dimention di atas semua mengenai EPT. ada sesetengah kuliyah yang memerlukan kita untuk ambil APT (Arabic Placement Test).contohnya bagi pelajar IRKHS.

*dan ada sesetangah pelajar yang boleh dikecualikan daripada language requirement ini.contohnya kalau untuk English, kalau degree/sarjana nya di negara-negara Eropah, mereka bolehlah mohon untuk pengecualian.juga untuk APT.bagi sesiapa yang degree/sarjana di Middle East,mereka bolehlah mohon untuk pengecualian.cuma perlu bawa academic transkip dan isi borang exemption di CELPAD.

more information about EPT/APT,click here.

2) Before the enrollment day


Dua benda penting sebelum enrolment day,

i)Fees (registration fee / yuran semester 1)

kita kena buat pembayaran sebelum hari pendaftaran.


kalau tidak sempat ke apa,still boleh buat pembayaran pada hari pendaftaran di Bank Muamalat cawangan UIA. (tak jauh dari tempat kita daftar.jalan kaki je.heee). tapi beratur nya panjang sedikit lah.

Untuk yang dah dapat biasiswa,just bring your Scholarship letter.


ii) Medical check up.


untuk Malaysian, kita kena buat medical check up di mana-mana hospital kerajaan.boleh print out medical check up form dekat Student Booklet IIUM.

3) During the enrollment day


Debar.semangat.takut.1001 rasa T.T

pagi-pagi ni, kita akan diberikan dengan enrolment checklist. ada lebih kurang 10 tempat yang kita kena settelekan sebelum bergelar mahasiswa UIA secara rasminya.

ala-ala explorace jugaklah.

Just prepare all of the documents required macam original academic transcript/scroll, medical check up form, proof of payment/scholarship form, original offer letter, deferment letter etc.


after semua selesai,cakap apa? ALHAMDULILLAH.

*untuk postgrad student kebiasaannya memang tiada orientation week.jadi kena lah alert lebih pada tarik-tarikh penting macam briefing day for New PG Students by CPS,EPT/APT Test, kuliyyah breifing and library briefing.

yang paling penting rasanya tarikh EPT dan APT untuk sesiapa yang tiada TOEFL/IELTS.kalau dah ketinggalan kereta api,alamatnya lambat lah masuk kuliah.

4) Hostel (mahallah)


datang awal-awal lah ya untuk yang nak duduk hostel.sebab room yang ada untuk PG limited.

selepas register nama dekat Mahallah counter nanti, boleh pergi Bank Muamalat dan bayar.


untuk sem ni kami payar RM 852/semester.

yang nak lebih selesa nak ada air-conditioner, air panas, private toilet, boleh duduk kat Mahallah Ruqayyah (exclusive), RM 510/month.

Last but not least,ahlan wasahlan ila IIUM!

Garden of Knowledge and Virtue.


** for application procedure,click here.

** for more info about CPS (Centre fos Postgraduate Studies, click here.

1/2/2014

Taman Bukit Dahlia

1 comment:

  1. Assalamualaikum..

    Saya nak tanya pasal EPT, kiranya section untuk listening and speaking tak ada ke? From ur experience, is it possible to pass it? Thank you

    ReplyDelete